Wednesday 8 February 2017

GALLERY WALK



Gallery Walk
Strategi pembelajaran Gallery Walk adalah strategi pembelajaran melalui kaedah perbincangan yang memberi ruang kepada murid untuk lebih memahami tentang sesuatu perkara atau topik pembelajaran. Bagi guru pula, sesi Gallery Walk ini boleh digunakan sebagai wadah untuk menilai tahap pemahaman murid.Strategi pembelajaran ini membuka ruang kepada murid berkongsi maklumat, pandangan dan juga idea antara satu sama lain.



Kaedah Perlaksanaan
  1.  Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil.
  2. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang berbeza atau sama, bergantung kepada keperluan guru.
  3. Murid diminta untuk berbincang didalam kumpulan masing dan seterusnya menulis jawapan mereka pada kertas mahjung.
  4. Semua kumpulan dikehendaki menampal kertas mahjung mereka agar mudah dilihat.
  5. Seorang murid akan dilantik dari setiap kumpulan. Beliau akan berperanan untuk memberi penerangan terhadap hasil kerja kumpulannya.
  6. Setiap kumpulan kemudiannya akan bergerak dan melihat hasil kumpulan lain. Guru haruslah memastikan, wujudnya perkongsian/sesi soal jawab antara wakil kumpulan dan kumpulan yang datang melawat.



Faedah
  1. Melatih murid untuk berkomunikasi dengan berkesan melalui proses soal jawab.
  2. Melatih kemahiran mendengar murid.
  3. Membantu murid untuk mengaplikasi kemahiran aras tinggi seperti menganalisa, menilai dan membuat sintesis.
  4. Memupuk semangat kerjasama, dan pembinaan sepasukan.





 
Rujukan:
http://www.wawasanpendidikan.com/2014/09/Pengertian-Langkah-Langkah-dan-Kelebihan-serta-Kelemahan-Metode-Gallery-Walk.html

1 comment: