Wednesday 15 February 2017

NUMBERED HEADS TOGETHER


Latar Belakang
Pendekatan Numbered Heads Together menitikberatkan akauntabiliti individu semasa proses pembelajaran secara kumpulan. Pendekatan Numbered Head Together dapat mewujudkan aspek kepelbagaian kepada strategi penyoalan guru di dalam kelas. Dalam keadaan biasa, guru akan mengemukakan soalan dan guru akan memilih pelajar yang telah mengangkat tangan untuk menjawab soalan tersebut. Melalui pendekatan Numbered Head Together, guru akan mengemukakan soalan dan akan memanggil pelajar berdasarkan nombor yang telah ditetapkan.

Lantaran itu, pendekatan ini dapat memupuk sikap pelajar untuk lebih bertanggung jawab dalam menguasai topik pembelajaran demi untuk merealisasikan aspek kejayaan kumpulan. Oleh sebab pelajar tidak mengetahui akan nombor apa yang akan dipanggil oleh guru, semua ahli kumpulan akan lebih bersedia.


Kaedah Pelaksanaan
  1. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan. Jumlah pelajar ideal adalah seramai empat orang. Guru digalakkan untuk mewujudkan kumpulan heterogeneous yang mempunyai pelajar yang tahap pencapaian/penguasaan yang pelbagai.
  2.  Setiap pelajar akan diberikan nombor, 1-4. 
  3. Guru akan mengemukakan soalan atau permasalahan kepada kelas. 
  4. Tempoh masa akan diberikan kepada semua pelajar untuk berbincang mengenai jawapan tersebut dalam kumpulan masing-masing. Semasa perbincangan, setiap kumpulan mestilah memastikan semua ahli kumpulan mempunyai tahap pemahaman yang sama. 
  5. Setelah semua kumpulan bersedia, guru akan menyebut satu nombor secara rambang. Contohnya, nombor 4. 
  6. Kesemua pelajar yang dinomborkan sebagai 4, harus mengangkat tangan dan menjawab soalan atau permasalahan telah diajukan. 
  7. Guru juga boleh memanggil pelajar dengan mengguna koordinasi nombor. Contohnya: Pelajar nombor 4 dari kumpulan ke 3. Guru perlulah mendapatkan sebanyak mungkin jawapan dari pelajar bagi memberi peluang untuk mereka melontarkan idea sebelum kesimpulan kepada jawapan atau persoalan yang telah diajukan dibuat.

Faedah
  1.  Memberi fokus kepada aspek akauntibiliti individu dan kumpulan.
  2. Mewujudkan aspek sokongan kumpulan semasa proses pembelajaran kumpulan. 
  3. Meningkatkan aspek saling kebergantungan yang positif antara pelajar. 
  4. Meningkatkan tahap keyakinan diri terutamanya bagi “low achievers” kerana mereka dibantu oleh ahli kumpulan yang lain.


Rujukan:
Numbered Heads Together Cooperative Learning: Retrieved from: Strategyhttps://www.teachervision.com/group-work/numbered-heads-together-cooperative-learning-strategy

Jim Right (2015) How to: Improve Group Responding: Numbered Heads Together:Retrived from https://www.interventioncentral.org/sites/default/files/pdfs/pdfs_blog/cooperative_learning_numbered_heads_together.pdf


Contoh pelaksanaan Numbered Heads Together



 PDF version di SlideShare


No comments:

Post a Comment