Tuesday 14 February 2017

LEARNING WALK


Definisi 

Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan peraturan dan fokus yang spesifik.

 Carta Alir Perlaksanaan Strategi Learning Walks



Pemilihan Fokus
Penetapan fokus dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut:
i. Fokus mestilah boleh diperhatikan di dalam bilik darjah (observable focus).
ii. Fokus mestilah dinyatakan dengan jelas (clearly articulated).
iii. Fokus mestilah berkait dengan peningkatan pembelajaran profesionalisme
iv. Fokus mestilah mempunyai kepentingan yang berkait rapat dengan keutamaan sekolah (linked to school priorities).



Fokus boleh melibatkan pelbagai perkara yang boleh diperhatikan dan merangkumi aspek-aspek yang berikut:
i. Teknik Penyoalan (questioning techniques) dan juga tempoh masa berfikir (thinking time).
ii. Penggunaan bahan bantu belajar atau sumber yang berkesan dan menyokong pembelajaran & pengajaran (teaching resources).Suasana fizikal bilik darjah yang menyokong pembelajaran & pengajaran (classroom physical environment).
iii. Amalan penilaian berkesan (effective assessment practices).
iv. Penglibatan murid (students involvement).
v. Arahan guru semasa pembelajaran & pengajaran (classroom instructions)
vi. Penggunaan ICT semasa P&P (ICT in teaching processess
vii. Pengurusan papan hitam / putih (use of whiteboard)

No comments:

Post a Comment