Wednesday 22 March 2017

CONTOH-CONTOH KATA TUGAS BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi berkaitan kata-kata tugas yang menjurus kepada Taksonomi Bloom. Bahan ini saya ambil dari buku Kemahiran Berfikir Aras Tinggi terbitan LPM. Dengan menggunakan panduan ini, kita akan lebih mudah untuk membantu pelajar dalam menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.

Sebagai seorang pemudahcara, kita harus lebih cakna dalam mengajukan soalan-soalan lisan kepada murid kita. Dalam mendapatkan jawapan dari murid, strategi penyoalan kita haruslah tepat dan berfokus. Sehubungan itu, guru mestilah menguasai akan penggunaan kata-kata tugas yang sesuai.

Selain dari itu juga, kita bukan sahaja dapat melatih diri kita dalam menggunakan kata-kata tugas yabh betul tetapi kita juga akan dapat membimbing pelajar untuk membuat respond yang bersesuaian berdasarkan kata tugas yang digunakan.

Semoga ini akan dapat membantu.

Terim kasih.



Tuesday 21 March 2017

PEMBUGARAN PA21 DI SK TEMPOYANG

Pada 13 Mac yang lalu, Unit SISC+ dan Unit Latihan, SK Tempoyang, telah berkolaborasi dalam melaksanakan Bengkel Pembugaran PA21 kepada semua guru SK Tempoyang.

Pada sesi kali ini, perkongsian beberapa strategi pembelajaran kooperatif telah dilakukan: Antaranya;
1-  Fan N Pick  dan Running Dictation oleh Mr Fadzeli (Fokus kepada subjek Sejarah dan PJ)
2-  KWL (Know, Want to know, Learn) dan Talking Chips oleh Puan Salasiah (Fokus kepada subjek BM)
3 - Dragon  Ball dan Peta Bulatan oleh Puan Siti Fairuz (Fokus kepada subjek Matematik)
4 - Jigsaw, Think-pair, Gallery Walk, dan Open Compare and Contrast (Fokus kepada subjek Sains - Tahun 3 )

Saya, sebagai wakil Unit SISC+ PPD Lipis, mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Fazli Anb Hamid,  Guru Besar  SK Tempoyang atas undangan dan layan baik pihak tuan semasa kami di sana.

Terima kasih juga kepada En Mazlienor, Puan Rohani dan Cik Sahrizan , yang telah sudi hadir dan menjadi peserta program pada hari tersebut.

Semoga perkongsian yang telah dilaksanakan akan membuahkan manafaat hendaknya.

Terima kasih.

Mokhzani Fadir


Satu lagi kaedah untuk membentuk kumpulan.

Penggunaan Open Compare and Contrast dalam membanding beza tiga jenis gigi.



Tuan GB juga menjadi  peserta.

Mantan Penyelaras Unit  SISC+ yang pertama kalinya menjadi peserta.

Puan Rohani, Penyelaras LINUS yang juga turut hadir.

Aktiviti Talking Chips

Monday 20 March 2017

CONTOH KATA TUGAS PENTAKSIRAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit makluman berkaitan kata-kata tugas yang boleh digunakan oleh guru dalam  membina item  pentaksiran. Kata-kata tugas ini saya ambil dari buku Pemtaksiran kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang telah diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan pada tahun 2013.

Saya berpendapat, senarai kata-kata tugas ini boleh dijadikan sebagai rujukan, terutama apabila guru ingin memupuk kemahiran berfikir aras tinggi murid, tidak kiralah samada secara lisan atau pun bertulis. Dengan mengusasai kata-kata tugas ini, aspek pentaksiran kita, In Sha Allah, akan menjadi lebih tepat kerana kita akan menggunakan kata tugas yang betul.

Selain dari itu, saya berpandangan bahawa, ianya juga akan dapat membantu pelajar untuk mengemukakan struktur jawapan yang lebih tepat dan menepati kehendak respon yang diharapkan oleh setiap kata tugas yang telah disenaraikan.

Semoga ini akan dapat membantu.

Terima kasih.
 

Monday 13 March 2017

Sunday 12 March 2017

PROGRAM i-THINK : MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bagi yang ingin mentelaah semula berkaitan i-THINK, saya kongsikan slide presentation ini.

Terima kasih.



Friday 10 March 2017

KONSEP KBAT DAN i-THINK


INSTRUMEN SKPMg2 - STANDARD 4

Assalamualaikum wbt  dan Salam Satu Malaysia.

It has been a few days since my last post in this blog. Due to work commitment, somehow it's becoming quiet challenging for me to do an update in this blog on daily basis.

Today, I want to share this new SKPMg2 Standard 4 instrument which I believe is now  a very hot item for teachers to view and digest.

Personally, I do find that it's not much different compared to the previous version. However, I do admit that this newly built instrument however, is giving more focus and emphasis on the teacher themselves. Especially on the way they are planning and implementing the whole lesson with its main focus - to generate the students' effective learning processes. Maybe, one day, - maybe-, I will try to make a comparison between this new instrument to the previous one. If time permits.

The one new thing that I like about this new instrument is that, teachers are allowed to do a self-observation@ reflection on their own practice. To me, a teacher who ables to accurately reflects their own practice, is a great teacher!

For those who want to download the instrument, kindly go to my Slide share account.  I believe that you cannot download it  here.

For whose who repeatedly viewing my blog. I am sending my most sincere appreciate and gratitude to you. I do hope that this sharing will benefit us all. In Sha Allah.

Thank You.


Regards,
Mokhzani
10 Mac 2017
10.55 pm


Monday 6 March 2017

PRINSIP ASAS, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PLC


Prinsip Asas
Prinsip asas PLC adalah berdasarkan kepada tiga idea utama iaitu:
  1. Memastikan pembelajaran murid 
  2. Mengamalkan budaya kolaboratif 
  3. Memberi fokus utama  kepada pencapaian pelajar.


Matlamat PLC
Modul ini dapat membantu kepimpinan sekolah serta guru-guru tentang nilai tambah pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi setiap panitia sekolah dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah serta merealisasikan kualiti guru yang cemerlang.


Objektif

  1. Menarik penyertaan menyeluruh stake holder dan warga pendidik untuk menjayakan NKRA dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025). Menzahirkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjayakan PPPM 2013-2025 melalui perancangan dan tindakan khusus secara menyeluruh dan bersepadu.
  2. Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.
  3. Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama dalam kalangan guru.
  4. Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
  5. Membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang pakar untuk membantu dan memberikan bimbingan kepada pengurus-pengurus mata pelajaran yang lain (coaching partnership)
  6. Mengindoktrinkan pemikiran pengurus mata pelajaran bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.
  7. Mempopularkan dan membudayakan PLC sebaga istrategi pelaksanaan kursus dalam perkhidmatan peningkatan profesionalisme guru-guru di Malaysia.

PENGENALAN KEPADA KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL


Latar Belakang
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara bangsa. Pembangunan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat untuk membawa Malaysia ke persaingan ekonomi global abad ke 21. Justeru itu, Program Transformasi Kerajaan (GTP1.0) telah meletakkan pendidikan sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang mana fokusnya ialah untuk membolehkan semua pelajar mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti dan mampu menguasainya dengan terbaik. Matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan ialah untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan memberi fokus kepada empat sub bidang iaitu PraSekolah, Literasi dan Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua/Guru Besar.

Kajian dalam bidang keberkesanan sekolah (school effectiveness) mendapati bahawa prestasi pelajar dipengaruhi oleh system sekolah yang berprestasi tinggi yang didokong oleh dua komponen utama iaitu kualiti kepimpinan dan kualiti guru. Untuk meningkatkan prestasi sekolah melalui peningkatankualiti secara menyeluruh, semua sekolah telah diberikan kedudukan melalui proses penyenaraian dan diberikan tingkat kedudukan(Band 1-7). Sejumlah sekolah dalam kategori berprestasi rendah telah diberikan sokongan dan dorongan untuk penambahbaikan terhadap aspek kepimpinan serta pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru dan pemimpin sekolah diberikan latihan peningkatan profesionalisme oleh bahagian tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia, seperti Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Institut Aminudin Baki (IAB). Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh BPG untuk memastikan kelestarian kualiti guru ialah Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).

Pemilihan PLC sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan kualiti guru adalah berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negara-negara maju di mana pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik dlihat sebagai usaha yang dapat meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional di negara-negara tersebut merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, serta aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.

Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju, antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju.

Secaraamnya „Professional Learning Community (PLC)‟ merujuk kepada usaha para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker, & Many, 2006). Istilah komuniti pembelajaran professional atau professional learning community (PLC) wujud dalam kalangan penyelidik seawal tahun 1960an. Rosenholtz (1989) membuat kajian di 78 buah sekolah dan mendapati bahawa peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran berlaku secara kolektif dan bukan secara individu. Little & McLaughlin (1993) juga melaporkan bahawa sekolah dan panitia yang paling berkesan ialah sekolah yang melaksanakan komuniti pembelajaran yang mantap.

Berdasarkan maklumat ini,pada tahun 2011 Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah melaksanakan PLC bermula dengan strategi „Lesson Study‟ kepada 289 panitia mata pelajaran di 289 buah sekolah berprestasi rendah.Pembudayaan pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara kolaboratif dalam kalangan komuniti guru telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam usaha meningkatkan profesionalisme guru berasaskan sekolah. Usaha ini diteruskan pada tahun 2012 kepada 107 panitia mata pelajaran di 107 buah sekolah. Selain daripada „Lesson Study‟, strategi-strategi PLC yang lain seperti Pembimbing Rakan Sebaya (Peer Coaching), Jejak Pembelajaran (Learning Walk) dan Sesi Perkongsian (Sharing Sessions) telah diperluaskan.

Thursday 2 March 2017

SIMULASI KELAS PA21 DI SMK MERAPOH

Pada 1 Mac 2017, SMK Merapoh, Empower ECER Lipis dan Unit SISC+ PPD Lipis,  telah menganjurkan bengkel pembugaran PA21 kepada semua guru-guru di SMK Merapoh.

Setiap bidang, telah memilih satu subjek dan seterusnya membuat simulasi PdPc. Ucapan tahniah buat semua yang terlibat.

Semoga sesi perkongsian yang telah berakhir pada sekitar jam 5.00 ptg itu, akan dapat membantu guru menghasilkan proses PdPc yang bukan sahaja menarik tetapi efektif.

Syabas dan tahniah buat semua.





Aktiviti "Time Capsule"

Traffic light yang kreatif dan menarik