Monday 27 February 2017

TIMED PAIR SHARE



Latar Belakang
Timed Pair Share adalah satu strategi pembelajaran kooperatif yang ringkas dan menyeronokkan. Ia hanya mengambil masa yang singkat sahaja untuk dilaksanakan. Strategi pembelajaran ini sesuai sekirannya guru ingin mencapai objektif-objektif berikut:
a) Mengetahui tentang pengetahuan sedia ada murid.
b) Membuat ulangkaji sebelum meneruskan dengan tajuk/pembelajaran baru.
c) Dapat mewujudkan keakraban dan semangat kekitaan dikalangan murid.
Dalam melaksanakan kaedah ini, guru sebaiknya memaklumkan kepada murid akan mengapa strategi ini digunakan. Kaedah ini paling sesuai apabila guru ingin mencungkil jawapan bagi soalan-soalan terbuka.


Kaedah Pelaksanaan
1. Murid diagihkan secara berpasangan.
2. Murid diberikan tajuk perbincangan.
3. Murid diberikan masa untuk berfikir secara kendiri (5-10 saat atau mengikut kesesuaian tahap penguasaan murid)
4. Guru akan menetapkan masa bagi murid menyatakan pendapat mereka. (30 saat – 1 minit)
5. Pasangan pertama akan menyatakan pandangannya manakala pasangan beliau akan mendengar dengan teliti.
6. Selepas guru menyatakan masa telah tamat, pasangan kedua pula akan mengambil peranan untuk menyatakan pandangan beliau sehinggalah masa yang ditetapkan tamat.
7. Setelah selesai, guru boleh meminta murid untuk membuat rumusan tetang perhara yang telah dikongsikan.


Faedah

1. Mengasah kemahiran mendengar .
2. Memupuk keberanian murid untuk mengeluarkan pendapat.
3. Mendidik murid untuk mengawal kadar kebisingan semasa melaksanakan aktiviti.


Video link: https://www.youtube.com/watch?v=gFvSAMuscB4


Rujukan

Gavin Clowes, The Essential 5: A Starting Point for Kagan Coopeative Learning Retrieved from: http://www.kaganonline.com/free_articles/research_and_rationale/330/The-Essential-5-A-Starting-Point-for-Kagan-Cooperative-Learning
 
Timed Pair Share, Retrieved from http://www.thecooperativeteacher.com/blank-chbn

Kagan Strategy: Timed Pair Share. Retrieved from: http://studyskillsforuniquelearners.wikispaces.com/file/view/Timed_Pair_Share.pdf/429206738/Timed_Pair_Share.pdf

Kagan, S. & Kagan, M. Kagan Cooperative Learning. San Clemente, CA: Kagan Publishing, 2009.

No comments:

Post a Comment