Tuesday 31 January 2017

Kooperatif atau kolaboratif?

Assalamualaikum wbt..

Apabila berbicara mengenai PA21, salah satu perkara yang biasa ditanya dan menjadi kekeliruan adalah penggunaan istilah kolaboratif dan kooperatif. Untuk itu, ingin saya berkongsi pemahaman saya mengenai kedua istilah ini.

Secara peribadi, saya melihat  kolaboratif sebagai proses dimana murid akan berkerjasama  pelbagai pihak, contohnya  murid lain, guru atau pihak-pihak tertentu bagi mencapai maksud dan kehendak dalam menyiapkan tugasan tertentu. Contohnya, 5 pelajar dari kelas 5A bergabung dengan sekumpulan pelajar dari Kelas 5B dalam tugasan menyiapkan mereka.

Manakala kooperatif pula, dirujuk sebagai strategi-strategi yang biasa digunakan bagi memupuk aspek kerjasama dan saling membantu dalam kumpulan-kumpulan kecil yang diwujudkan semasa proses P&P. Dari segi aspek perlaksanaan tugasan, peranan yang dimainkan oleh setiap ahli kumpulan adalah lebih terpeinci. Antara contoh strategi pembelajaran kooperatif adalah: Jigsaw, Think-Pair-Share

Dibawah ini saya sertakan satu slide yang pada hemat saya dengan jelas menyatakan perbezaan antara kedua istilah ini. Diharapkan ianya boleh membantu.

Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment