Thursday 9 February 2017

FLIPPED CLASSROOM



Latar Belakang

Perkataan “flipped’ jika diterjemahkan akan membawa makna “terbalik”. Dan begitulah juga dengan perlaksanaan strategi pembelajaran PA21  ini.

Flipped classroom  juga dikenali sebagai inverted classroom. Ianya adalah kaedah pembelajarn yang berpusatkan murid dan mula diperkenalkan pada tahun 2000. Kaedah ini menjadi popular pada tahun 2009 apabila flipped classroom dilakukan secara atas talian oleh Bergmann and Samms.

Kaedah pembelajaran flipped classroom adalah bertentangan dengan kaedah pembelajaran konvensional. Melalui kaedah ini, pelajar terlebih dahulu akan mendalami dan memahami isi kandungan secara kendiri atau berkumpulan di luar bilik darjah. Dengan menggunakan pengetahuan yang diperolehi oleh murid, guru akan menggunakan masa pembelajaran yang diperuntukkan dalam kelas untuk tujuan latihan, perbincangan, penyelesaian masalah atau menyiapkan projek berkaitan tajuk yang telah dipelajari.

Kaedah Perlaksanaan
Secara asasnya terdapat tiga fasa/peringkat untuk melaksanakan flipped classroom ini.

Peringkat 1: Concept Exploration
Pelajar akan mempelajari sesuatu topik pembelajaran itu secara kendiri atau berkumpulan. Contohnya: guru boleh menyediakan sesi kuliah yang telah dirakam dan meminta murid menontonnya di rumah atau meminta pelajar untuk membuat pencarian maklumat melalui pembacaan di buku atau menggunakan internet. Di peringkat ini, pelajar seharusnya diberikan kebebasan untuk mencari apa sahaja maklumat yang berkaitan mengikut tajuk /isi kandungan pembelajaran yang telah diberi.
 
Peringkat ke 2:  Meaning Making
Didalam peringkat ini, guru akan membantu pelajar untuk lebih memahami dan menguasai akan maklumat yang telah mereka perolehi. Semasa proses ini, guru boleh melaksanakan pelbagai pendekatan. Antaranya, pelajar boleh diminta untuk membuat refleksi terhadap maklumat yang telah mereka perolehi. Ini akan mewujudkan keadaan dimana proses pembelajaran akan lebih bermakna dan berkesan. Guru akan membimbing pelajar seandainya berlaku salah pemahaman atau kekeliruan. Selain itu, juga boleh mengadakan kuiz sebagai kaedah untuk menguji tahap pengetahuan murid.

Peringkat ke 3:  Demostration /Application
Melalui peringkat ini, murid akan membuat aplikasi terhadap input yang telah mereka kuasai dan fahami. Guru akan menyediakan tugasan yang memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam menyelesaikan masalah, membuat eksperimen, membuat pembentangan atau seumpamanya. Sebaiknya, guru mengambil peluang untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di peringkat ini. Untuk itu,guru-guru hendaklam mempastikan bahawa murid akan mendapat peluang untuk membuat analisa, menilai dan juga mencipta.



 Diagram 1: 
Learning opportunities of the flipped classroom (adapted from Gerstein)

Source: http://www.uq.edu.au/teach/flipped-classroom/what-is-fc.html

Faedah
1.      Memberi ruang untuk murid belajar secara kendiri dan membina pengetahuan melalui pengalaman, perkongsian dengan pelajar lain dan bimbingan guru.
2.      Membantu meningkatkan pemahaman pelajar.
3.      Memupuk aspek pembelajaran aktif.
4.      Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.
5.      Meningkatkan komunikasi dan kerjasama kumpulan.


Rujukan

Bacaan Tambahan:

Versi PDF di SlideShare


No comments:

Post a Comment