Friday, 17 February 2017

PEMBIMBING INSTRUKSI /PEER COACHING (FULL VERSION)



 PENGENALAN

Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi (Peer Coaching / Instructional Coaches) merujuk kepada strategi secara sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi. Peer Coaching (PC) ialah salah satu strategi untuk memperbaiki pelaksanaan kurikulum terhadap strategi, teknik dan kemampuan guru dalam pembelajaran (Hasbrouck, 1997).

Bimbingan rakan sebaya ialah satu proses yang melibatkan dua atau lebih rakan profesional bekerja bersama-sama untuk mencerminkan amalan semasa, berkembang, menghalusi, dan membina kemahiran baharu, berkongsi idea, mengajar antara satu sama lain, menjalankan penyelidikan bilik darjah, atau menyelesaikan masalah di tempat kerja.

Menurut Shulman (1991), Peer Coaching (PC) ialah satu situasi yang membolehkan guru berkongsi pengalaman pengajaran dan pengetahuan pedagogi di dalam bilik darjah tanpa sebarang paksaan.

Kajian mengenai jurulatih di Chicago, Boston dan Sekolah Awam Sacramento di South Carolina mendapati berlakunya peningkatan prestasi pelajar dalam subjek Matematik dan Sains apabila jurulatih bekerja secara langsung dengan guru-guru di sekolah mereka (Neufeld & Roper, 2003)

Kadar pelaksanaan strategi baharu pengajaran meningkat daripada 10% (dengan pembangunan profesional tradisional) kepada 85% (dengan kejurulatihan pengajaran) (Knight, 2004).



OBJEKTIF
a. Memahami tiga proses utama dalam PC ( prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi ).
b. Mengenal pasti peranan coach dalam pelaksanaan PC .
c. Memberikan contoh-contoh soalan reflektif yang boleh digunakan dalam sesi PC.



PELAKSANAAN
Terdapat tiga cara untuk melaksanakan Peer Coaching.


  PROSES COACHING 


MODEL-MODEL COACHING


MODEL 1 : GURU MENGAJAR MODEL PENGAJARAN

Dalam model ini, guru yang mengajar manakala coach dan guru-guru lain akan memerhati. 

Langkah 1: Prakonferensi.
Berikut adalah antara perkara yang boleh dibincangkan semasa sesi ini:
  • Topik: Apakah topik anda?
  • Matlamat: Apakah matlamat anda?
  • Fokus: Apakah yang anda hendak saya lihat?
  • Pengumpulan Data: Bagaimanakah anda mahu saya mengumpul data?
  • Membuat ringkasan: Oleh itu secara ringkasnya, ..............

Langkah 2: Pemerhatian.
Terdapat pelbagai cara mengumpul data semasa memerhatikan pengajaran atau sesi coaching. Antaranya ialah:
  • Mencatat
  • Merekod Senarai semak
  • Carta dan jadual 
  • Gambar dan visual

Langkah 3: Pascakonferensi. 
  1. Coach meminta pengajar membuat penilaian kendiri berdasarkan apa-apa yang telah berlaku di dalam kelas.
    Contoh: Apakah pendapat anda tentang pengajaran tadi?
  2. Nyatakan bidang pemfokusan semula.
    ( Anda meminta saya memberikan fokus kepada teknik penyoalan, penglibatan murid , maklum balas murid...) 
  3. Kongsi data dan beri komen tentang apa yang telah anda lihat dan dengar. 
  4. Beri cadangan – bertanya jika anda boleh memberikan cadangan. 
  5. Tanya apa yang boleh pembentang buat secara berbeza pada masa akan datang. 
  6. Buat ringkasan.



MODEL 2:COACH SEBAGAI GURU YANG MENGAJAR MODEL PENGAJARAN

Dalam model ini, coach yang mengajar manakala guru-guru lain akan memerhati.

Langkah 1: Prakonferensi. 

a. Menjelaskan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)
• Fokus pengajaran saya ialah…..
• Saya hendak murid belajar dan faham…..
• Saya bercadang menggunakan strategi instruksional…..
• Saya jangkakan murid boleh..…
• Jika ..…,maka saya akan mengubah suai pengajaran dengan …..

b. Menstrukturkan Pemerhatian
• Saya hendak anda fokuskan perhatian anda kepada cara saya ......
• Saya hendak anda fokuskan bagaimana pelajar ........
• Saya perlukan maklum balas tentang ........
• Bagaimanakah anda akan merekodkan pemerhatian anda untuk memudahkan perbualan bersifat pembelajaran (learning conversation) pada masa pascakonferensi?


Langkah 2: Semasa pengajaran.
• Coach melaksanakan pengajaran.
• Guru memerhatikan pengajaran di dalam kelas dan merekodkan maklumat yang dibincangkan dalam prakonferensi.


Langkah 3: Pascakonferensi .
• Coach memudah cara perbualan pascakonferensi.
• Apakah yang anda perhatikan?
• Adakah pengajaran berlaku seperti yang kita harapkan?
• Pada bahagian manakah anda dapati saya menyesuaikan arahan?
• Adakah terdapat unsur kejutan?
• Jika anda yang melaksanakan pengajaran ini, apakah yang akan anda ubah?
• Apakah yang anda pelajari apabila melihat saya mengajar?
• Adakah anda ingin bertanya soalan-soalan lain?



MODEL 3: ‘CO LEADING’/ ‘CO TEACHING’

Langkah 1: Konferensi Pra-pengajaran.
Soalan panduan untuk Coach
  • Apakah matlamat anda untuk P & P ini?
  • Bagaimanakah anda bercadang untuk melaksanakan P & P ini?
  • Apakah kandungan spesifik (pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran) yang anda mahu murid belajar?
  • Pada peringkat manakah anda perlukan bantuan saya?
  • Dalam unit manakah terletaknya pengajaran ini dan mengapa? 
  • Apakah bahan yang diperlukan? 
  • Apakah standard/aras yang dipakai dalam P & P ini? 
  • Apakah pengetahuan lampau murid yang diperlukan dalam P & P ini? 
  • Bagaimanakah anda lihat P & P ini akan berkembang dan di manakah anda menjangkakan masalah akan timbul? 
  • Bagaimanakah anda tahu matlamat P & P telah tercapai? (Bagaimanakah murid akan memperlihatkan hasil pembelajaran mereka?

Langkah 2: Mengajar secara bersama (Co-Teaching The Lesson ). 
Semasa proses P & P, peranan coach boleh berubah bergantung pada persetujuan yang dicapai semasa prakonferensi.
Coach boleh: 
  • Menerajui bahagian yang berlainan dalam proses P & P secara kolaboratif dengan guru. 
  • Mengajar sebahagian daripada P & P sementara guru pula membuat pemerhatian. 
  • Berfungsi sebagai pemerhati semasa aktiviti yang telah disetujui bersama untuk dilaksanakan dalam P & P. 
  • Lakukan intervensi secara berkala untuk mengukuhkan pembelajaran. ( Contohnya coach bertanyakan soalan, membentangkan masalah kehidupan sebenar ).
  • Semasa proses co-teaching, adalah penting untuk mengingatkan bahawa coach ialah rakan kongsi, dan bukanlah seorang hakim, pengkritik atau penyelamat .

Langkah3: Pascakonferensi.
Soalan panduan untuk coach:
1. Apakah yang anda perhatikan semasa P&P?
2. Di manakah jangkaan kita yang dibuktikan betul ?
3. Di manakah jangkaan kita yang dibuktikan tidak betul?
4. Apakah perasaan anda terhadap P&P yang telah dilaksanakan?
5. Sejauh manakah kita berjaya melaksanakan P&P dengan berkesan?
6. Apakah masalah yang timbul?
7. Adakah murid mempelajari apa yang sepatutnya dipelajari?
8. Adakah proses P&P sesuai dengan matlamat?
9. Adakah matlamat yang ditetapkan sesuai?
10. Jika kita mengulangi pengajaran ini, apakah penambahbaikan yang perlu dibuat?
11. Bagaimanakah kita tahu murid telah memahami apa yang kita hendak mereka fahami?
12. Apakah yang dapat kita lakukan selepas ini?



CIRI-CIRI POSITIF SEORANG COACH · Bermotivasi tinggi
· Pengurusan berkesan
· Komunikasi
· Keputusan tepat dan cekap
· Memahami tugas
· Melaksanakan tugas dengan ilmu dan kemahiran.


SIFAT-SIFAT YANG DIISUKAI COACHEE
• Ramah
• Menghormati
• Bermanis muka
• Beradab sopan
• Cekap
• Bertanggungjawab
• Amanah
• Cekap
• Sedia membantu
• Bertimbang rasa
• Memudahkan
• Komunikasi baik
• Pandai ambil hati
• Jujur
• Kemas
• Berilmu

BORANG-BORANG SARANA PEER COACHING



Borang Sarana Peer Coaching from Mokhzani Fadir



BAHAN PEMBENTANGAN 
 

1 comment: