Konsep Learning Walks diambil daripada amalan pengurusan eksekutif Hewlett-Packard yang memastikan mereka tahu apa yang berlaku dalam syarikat dengan mengamalkan sesuatu yang dikatakan mereka sebagai “pengurusan secara berjalan”.
Kerangka amalan pengurusan ini kemudiannya digunapakai secara berfokus dalam bidang pendidikan untuk memenuhi keperluan peningkatan profesionalisme keguruan dan kepentingan sekolah. Dengan pengamalan JelajahPembelajaran ini, bukti pengamalan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas boleh dikumpul dan dijadikan contoh amalan yang terbaik
Perkongsian ini boleh dilaksanakan walaupun secara pemerhatian tidak formal yang boleh merentas mata pelajaran. Apa yang penting, pada akhirnya amalan ini akan menjurus kepada peningkatan professionalisme keguruan di semua sekolah tanpa mengira subjek, kategori dan lokasi sekolah serta kategori murid. Kesemua ini juga selari dengan pendapat yang diutarakan dalam petikan daripada laman web; learningleadershipstudy.org/LLS/Learning_Walk.html
Objektif
- Mengumpulkan bahan bukti aksi pembelajaran (learning in action) yang diperhatikan di dalam bilik darjah.
- Membuat perbincangan dengan ahli kumpulan berdasarkan bahan bukti pemerhatian.
- Belajar daripada amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan boleh dipraktikkan untuk diri sendiri dan guru lain.
Pelaksanaan
Definisi
Definisi Learning Walks atau Jelajah Pembelajaran ialah:
„Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan peraturan dan fokus yang spesifik.‟
Walking through the school observing other teachers and classrooms in action with a specific focusand a protocol.
Carta Alir Perlaksanaan Strategi Learning Walks
- Learning Walks dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang berikut:
- Penetapan fokus untuk pemerhatian.
- Pengumpulan bahan bukti melalui pemerhatian terhadap kelas-kelas.
- Perkongsian dapatan dengan semua guru di sekolah.
Carta Alir Perlaksanaan Strategi Learning Walks
|
Pemilihan Fokus
Penetapan fokus dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut:
- Fokus mestilah boleh diperhatikan di dalam bilik darjah (observable focus).
- Fokus mestilah dinyatakan dengan jelas (clearly articulated).
- Fokus mestilah berkait dengan peningkatan pembelajaran profesionalisme (linked to professional learning).
- Fokus mestilah mempunyai kepentingan yang berkaitrapat dengan keutamaan sekolah (linked to school priorities).
Nota: Kelas-kelas yang dipilih untuk pemerhatian Learning Walks boleh melibatkan pelbagai mata pelajaran. Kriteria pemilihan dibuat atas dasar amalan yang boleh dipelajari atau dicontohi.
Fokus boleh melibatkan pelbagai perkara yang boleh diperhatikan dan merangkumi aspek-aspek yang berikut:
- Teknik Penyoalan (questioning techniques) dan juga Tempoh Masa Berfikir (thinking time). Penggunaan bahan bantu belajar atau sumber yang berkesan dan menyokong pembelajaran & pengajaran (teaching resources).
- Suasana fizikal bilik darjah yang menyokong pembelajaran & pengajaran (classroom physical environment).
- Amalan penilaian berkesan (effective assessment practices)
Penglibatan murid (students involvement) Arahan guru semasa pembelajaran & pengajaran (classroom instructions). - Penggunaan ICT semasa P&P (ICT in teaching processes)
- Pengurusan papan hitam / putih (use of whiteboard)
Modus Operandi
Langkah Pertama
i. Bentuk kumpulan Learning Walks yang terdiri daripada ahli-ahli panitia.
ii. Kumpulan ini perlu diketuai oleh seorang yang dikenali sebagai Lead Walker.
iii. Berkumpul untuk membincangkan SATU fokus yang akan diperhatikan.
iv. Memilih kelas-kelas yang akan dilawati dan menetapkan tarikh dan waktu untuk sesi Learning Walks.
Langkah Kedua
i. Pelaksanaan sesi Learning Walks mempunyai 3 peringkat:
ii. Perbincangan Prapemerhatian (Pre-Walk Discussion)
iii. Lawatan Bilik Darjah (Classroom Visit)
iv. Perbincangan Pascapemerhatian (Post-Walk Discussion)
Langkah Ketiga
i. Dapatan dan rumusan sesi Learning Walks akan dikongsi bersama dengan semua guru dalam jangka masa seminggu selepas sesi pemerhatian.
Ringkasan Cadangan Pelaksanaan Satu Sesi Learning Walks |
Catatan: Satu sesi Learning Walks selalunya akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.
Contoh Cadangan Pelaksanaan Learning Walks
Contoh cadangan pelaksanaan satu sesi Learning Walks from Mokhzani Fadir
Peranan Ahli Kumpulan
Lead Walker perlu memainkan peranan mengikut tanggungjawab berikut:
Setiap Walker perlu memainkan peranan mengikut tanggungjawab berikut:
Pengumpulan Bahan Bukti
Pengumpulan bahan bukti berdasarkan fokus dan boleh melibatkan aspek-aspek yang berikut:
Toolkits/Borang Sarana Learning Walk
Peranan Ahli Kumpulan
Lead Walker perlu memainkan peranan mengikut tanggungjawab berikut:
- Memastikan penglibatan semua ahli semasa sesi perbincangan.
- Memastikan ahli memahami dan mematuhi fokus pemerhatian.
- Memastikan semua perbincangan berlandaskan bukti yang didapati semasa pemerhatian.
- Memastikan dapatan dikongsi bersama dengan semua staf dalam masa seminggu.
- Memastikan ahli-ahli tidak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.
Setiap Walker perlu memainkan peranan mengikut tanggungjawab berikut:
- Memahami fokus yang dipersetujui bersama.
- Mematuhi protokol.
- Menepati masa.
- Membuat perbincangan berlandaskan bukti.
- Mengelakkan kritikan serta penilaian peribadi yang bersifat "judgemental‟.
Pengumpulan Bahan Bukti
Pengumpulan bahan bukti berdasarkan fokus dan boleh melibatkan aspek-aspek yang berikut:
- Persekitaran fizikal
- Sampel aktiviti murid Perbincangan murid
- Organisasi bilik darjah cth: papan kenyataan
- Arahan guru di dalam bilik darjah dan fokus yang eksplisit (Classroom instructions and explicit focus)
- Penggunaan bahan sumber Bahan pembelajaran (Learning tools)
- Pengalikasian teknologi(Application of technology/ICT)
- Amalan penilaian (Assessment practices)
Toolkits/Borang Sarana Learning Walk
No comments:
Post a Comment