Showing posts with label NOTA-NOTA BERKAITAN PA21. Show all posts
Showing posts with label NOTA-NOTA BERKAITAN PA21. Show all posts

Thursday, 6 April 2017

FLIPPED CLASSROOM DALAM KONTEKS MALAYSIA

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya kongsikan maklumat  berkaitan Flipped Clasroom. Kerta kerja ini telah dibentangkan di Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 Ogos 2014. Semoga ianya bermanafaat.


Terima kasih


Wednesday, 22 March 2017

CONTOH-CONTOH KATA TUGAS BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi berkaitan kata-kata tugas yang menjurus kepada Taksonomi Bloom. Bahan ini saya ambil dari buku Kemahiran Berfikir Aras Tinggi terbitan LPM. Dengan menggunakan panduan ini, kita akan lebih mudah untuk membantu pelajar dalam menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.

Sebagai seorang pemudahcara, kita harus lebih cakna dalam mengajukan soalan-soalan lisan kepada murid kita. Dalam mendapatkan jawapan dari murid, strategi penyoalan kita haruslah tepat dan berfokus. Sehubungan itu, guru mestilah menguasai akan penggunaan kata-kata tugas yang sesuai.

Selain dari itu juga, kita bukan sahaja dapat melatih diri kita dalam menggunakan kata-kata tugas yabh betul tetapi kita juga akan dapat membimbing pelajar untuk membuat respond yang bersesuaian berdasarkan kata tugas yang digunakan.

Semoga ini akan dapat membantu.

Terim kasih.



Monday, 20 March 2017

CONTOH KATA TUGAS PENTAKSIRAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit makluman berkaitan kata-kata tugas yang boleh digunakan oleh guru dalam  membina item  pentaksiran. Kata-kata tugas ini saya ambil dari buku Pemtaksiran kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang telah diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan pada tahun 2013.

Saya berpendapat, senarai kata-kata tugas ini boleh dijadikan sebagai rujukan, terutama apabila guru ingin memupuk kemahiran berfikir aras tinggi murid, tidak kiralah samada secara lisan atau pun bertulis. Dengan mengusasai kata-kata tugas ini, aspek pentaksiran kita, In Sha Allah, akan menjadi lebih tepat kerana kita akan menggunakan kata tugas yang betul.

Selain dari itu, saya berpandangan bahawa, ianya juga akan dapat membantu pelajar untuk mengemukakan struktur jawapan yang lebih tepat dan menepati kehendak respon yang diharapkan oleh setiap kata tugas yang telah disenaraikan.

Semoga ini akan dapat membantu.

Terima kasih.
 

Monday, 13 March 2017

MAKSUD KBAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya kongsikan disini satu lagi bahan berkaitan PA21.

Link asalnya bagi bahan ini ialah:  http://cmgan-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2015/04/w-Pengenalan-KBAT.pdf
 

Sunday, 12 March 2017

PROGRAM i-THINK : MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bagi yang ingin mentelaah semula berkaitan i-THINK, saya kongsikan slide presentation ini.

Terima kasih.



Monday, 20 February 2017

ENGLISH: SAMPLE QUESTIONS STEMS BASED ON REVISED BLOOM'S TAXONOMY

I found this list on the internet. To me, this list is a great help, especially as guidance for teachers with the purpose of improving their questioning strategies. The original link is:
https://tpri.wikispaces.com/file/view/05-2Bloom-16-17+Stems+for+Instruction.pdf

Kudos to the original writer.


Friday, 27 January 2017

CONTOH RPH BERCIRIKAN PA21 (BAHASA MELAYU RENDAH)




CONTOH RPH BAHASA MELAYU TAHUN LIMA
Mata Pelajaran dan kelas
  Bahasa Malaysia                  
  Tahun 6

Tajuk
Seronoknya Keluarga Amar
Penjodoh Bilangan

Tarikh
Masa
09 Januari 2016 ( SABTU )
9.30-10.30 PAGI
Standard  Pembelajaran
5.1.1   Memahami dan menggunakan pelbagai kata nama am dan penjodoh bilangan
             mengikut konteks dengan betul.

Objektif Pembelajaran
Murid dapat   :
1.      Menulis  5 ayat menggunakan penjodoh bilangan dengan betul .
Aktiviti
1.      Bersoal jawab tentang bahan maujud yang disediakan – sebotol minuman, 
sebakul buah,sebiji mug,segugus kunci, sesikat pisang.(Kaitkan dengan objektif pembelajaran hari ini)
2.      Minta murid membaca teks secara kumpulan dan mengenal pasti penjodoh bilangan yang terdapat  dalam gambar.
3.      Murid menganalisis dan mencatat penjodoh bilangan menggunakan peta
bulatan berdasarkan gambar dalam kumpulan.(two stay two stray)
4.      Murid dipanggil mengikut nombor yang sama ke hadapan untuk mengambil kad rahsia.Kembali ke dalam kumpulan dan bina ayat daripada penjodoh bilangan yang diterima .Kumpulan yang cepat siap dan melaporkan kepada guru mendapat markah tertinggi.(Numbered Head together)
5.      Murid membina dan menulis 5 ayat menggunakan penjodoh bilangan yang telah dipelajari dalam buku latihan.
6. Murid merumuskan  penjodoh bilangan yang telah dipelajari melalui nyanyian.
7. Guru menyatakan kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran yang
      dilaksanakan.
EMK
Nilai Murni     : Rasional
Ilmu                : Kemahiran Hidup
KBT                : Konstruktivisme - menerangkan
Bahan Bantu Belajar
Bahan maujud, teks petikan, lembaran peta minda,
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Menulis 5 ayat  mengikut konteks dengan betul.
Refleksi
24 orang murid menulis satu perenggan  menggunakan 5 penjodoh bilangan dengan betul dan 5 orang murid menyusun perkataan  menjadi ayat yang betul. 





Disediakan oleh:
Puan Mek Nah Bt Bakar
SISC+ (Bahasa Melayu Rendah)

Ciri-ciri Pembelajaran Abad ke-21 (4C)


Dalam menjalani abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup. Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini.

Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
a) Kreativiti dan Inovasi
b) Pemikiran kritis
c) Komunikasi
d) Kolaborasi

Kemahiran Komunikasi 
  1. Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan media atau lebih mudah lagi disebut celik IT. 
  2. Selaras dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke-21 dalam memperoleh ilmu dengan lebih meluas dalam dunia tanpa sempadan. 
  3. Kemahiran komunikasi adalah amat penting bagi membolehkan pelajar membuat pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan.

  Kemahiran Kolaboratif
  1. Kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah kemahiran kolaborasi dan interpersonal. Melalui kemahiran ini pelajar akan mempunyai semangat juang dan keterampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. 
  2. Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri dengan cara setiap pelajar belajar mengikut aras kebolehan masing-masing. 
  3. Kemahiran ini juga membolehkan pelajar bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Kemahiran Pemikiran Kritis
  1. Pemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam menerima sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbangkan idea itu semula dengan menganalisis semula ia secara kritis dengan mengambil kira pelbagai sudut dan aspek. 
  2. Pelajar abad ke -21 juga perlu mempunyai pemikiran yang kritis dan bersistem. 
  3. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya berkaitan dengan penyelesaian masalah. 
  4. Kemahiran pemikiran kritis sangat perlu bagi seseorang pelajar. Seseorang pelajar tidak harus menerima sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu. Oleh sebab itu, pemikiran kritis adalah sangat penting supaya pelajar dapat menapis dan menilai kebenaran sesuatu perkara yang diperoleh.
  5.  Kemahiran pemikiran kritis membantu pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah di samping membantu pelajar membuat banding beza, mengkategori, menghuraikan dan membuat rumusan serta ramalan.
Kemahiran Pemikiran Kreatif
  1. Kemahiran pemikiran kreatif adalah keupayaan seseorang untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah dan mengembangkan sesuatu idea. 
  2. Melalui pembelajaran abad ke-21, guru–guru mampu menghasilkan pelajar yang berani menghasilkan idea-idea kreatif di samping sanggup menerima risiko dan kritikan orang lain. Pemikiran kreatif juga membantu pelajar menghasilkan idea serta mereka cipta untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. 
  3. Kemahiran pemikiran kreatif membantu pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Melalui kemahiran ini pelajar mampu untuk menjana dan menghasilkan idea, membuat hipotesis, mensintesis dan membuat hubung kait. 



Disediakan oleh:
Puan Siti Fairus Bt Razally
SISC+ (Matematik Rendah)
PPD Lipis