Showing posts with label MY ACTIVITY. Show all posts
Showing posts with label MY ACTIVITY. Show all posts

Tuesday, 21 March 2017

PEMBUGARAN PA21 DI SK TEMPOYANG

Pada 13 Mac yang lalu, Unit SISC+ dan Unit Latihan, SK Tempoyang, telah berkolaborasi dalam melaksanakan Bengkel Pembugaran PA21 kepada semua guru SK Tempoyang.

Pada sesi kali ini, perkongsian beberapa strategi pembelajaran kooperatif telah dilakukan: Antaranya;
1-  Fan N Pick  dan Running Dictation oleh Mr Fadzeli (Fokus kepada subjek Sejarah dan PJ)
2-  KWL (Know, Want to know, Learn) dan Talking Chips oleh Puan Salasiah (Fokus kepada subjek BM)
3 - Dragon  Ball dan Peta Bulatan oleh Puan Siti Fairuz (Fokus kepada subjek Matematik)
4 - Jigsaw, Think-pair, Gallery Walk, dan Open Compare and Contrast (Fokus kepada subjek Sains - Tahun 3 )

Saya, sebagai wakil Unit SISC+ PPD Lipis, mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Fazli Anb Hamid,  Guru Besar  SK Tempoyang atas undangan dan layan baik pihak tuan semasa kami di sana.

Terima kasih juga kepada En Mazlienor, Puan Rohani dan Cik Sahrizan , yang telah sudi hadir dan menjadi peserta program pada hari tersebut.

Semoga perkongsian yang telah dilaksanakan akan membuahkan manafaat hendaknya.

Terima kasih.

Mokhzani Fadir


Satu lagi kaedah untuk membentuk kumpulan.

Penggunaan Open Compare and Contrast dalam membanding beza tiga jenis gigi.



Tuan GB juga menjadi  peserta.

Mantan Penyelaras Unit  SISC+ yang pertama kalinya menjadi peserta.

Puan Rohani, Penyelaras LINUS yang juga turut hadir.

Aktiviti Talking Chips

Thursday, 2 March 2017

SIMULASI KELAS PA21 DI SMK MERAPOH

Pada 1 Mac 2017, SMK Merapoh, Empower ECER Lipis dan Unit SISC+ PPD Lipis,  telah menganjurkan bengkel pembugaran PA21 kepada semua guru-guru di SMK Merapoh.

Setiap bidang, telah memilih satu subjek dan seterusnya membuat simulasi PdPc. Ucapan tahniah buat semua yang terlibat.

Semoga sesi perkongsian yang telah berakhir pada sekitar jam 5.00 ptg itu, akan dapat membantu guru menghasilkan proses PdPc yang bukan sahaja menarik tetapi efektif.

Syabas dan tahniah buat semua.





Aktiviti "Time Capsule"

Traffic light yang kreatif dan menarik




Tuesday, 14 February 2017

PEMBUGARAN 4C PA21 DI SK RELONG

Ucapan terima kasih kepada semua warga pendidik SK Relong kerana sudi untuk menerima kunjungan dari Unit SISC+ PPD Lipis pada 13 Feb 2017. Semoga perkongsian selama dua jam memberi manafaat kepada tuan/puan sekalian.

Strategi yang telah dikongsi bersama:
1.Dragon Ball
2.Running Dictation
3.One Stay Four Stray
4.Jigsaw
5. Numbered Heads Together
6.Round Robin


Aktiviti Running Dictation

                         

Mr Mazlienor dan Mr Fadzeli




 
One Stay, Four Stray




Aktiviti Dragon Ball