Monday 23 January 2017

Three-Step-Interview (Wawancara Tiga Langkah)


Latar Belakang
Wawancara Tiga Langkah dikembangkan oleh Kagan pada 1989. Kaedah ini biasanya digunakan sebagai aktiviti suai kenal atau latihan ‘team building’. Soalan wawancara yang digunakan dalam strategi ini adalah berfokus kepada isi kandungan bahan yang digunakan dan tidak mementingkan jalan penyelesaian yang betul atau salah seperti di dalam kaedah Think-Pair-Share.

Kaedah Perlaksanaan
1. Langkah 1: guru menyampaikan isu/persoalan yang dapat menimbulkan pelbagai cadangan, kemudian mengajukan beberapa pertanyaan kepada semua murid di dalam kelas.

2. Langkah 2: pelajar akan mewawancara pelajar lain dalam jangka masa yang ditetapkan.

3. Langkah 3: pelajar akan bertukar peranan dan melaksanakan sesi wawancara seterusnya. Kesemua pelajar yang terlibat perlu merasai peranan sebagai pewawancara dan sebagai orang diwawancara.

4. Langkah 4: pelajar akan berkongsi maklumat yang didapati semasa wawancara bersama dengan ahli kumpulan yang lain.

Faedah
1- Berkesan untuk aktiviti penyelesaian

2- Mencipta kebertanggungjawaban serentak.

3- Pelajar boleh berkongsi dan menggunakan strategi penyoalan berbeza.

4- Dalam jangka masa panjang, pelajar boleh didedahkan dengan aras pemikiran berbeza untuk mengupayakan mereka menggunakan pelbagai kaedah pemikiran dan soalan.

5- Membantu pelajar untuk mengukuhkan pemahaman terhadap konsep-konsep yang dipelajari semasa kuliah atau dalam buku teks.

6- Mengukuhkan kemahiran mendengar dan menyoal.

7- Membantu pelajar untuk memprosesdan mempersembahkan maklumat.
 
Nota: Illustrasi bukanlah hak milk saya. 

No comments:

Post a Comment