Monday 23 January 2017

Perbezaan antara Taksonomi Bloom dan Anderson


Taksonomi Bloom

Teori Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956 untuk tujuan pendidikan. Teori ini mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh murid kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.


a) Domain kognitif
Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi. Domain kognitif dibahagikan kepada 6 aras.


Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menfatsir dan mengkritik
Contoh: pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi
Contoh: bina, hasilkan, susun, kembangkan
Analisis

Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil,membezakan fakta dengan pendapat, kaitan antara bahagian, kenali struktur organisasi
Contoh: bezakan, pastikan, pilih
Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baharu, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula, membina graf daripada data
Contoh: selesaikan, ramalkan, cari kesilapan, bina alat
Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah graf.
Contoh: pilih, terangkan, tulis semula.
Pengetahuan

Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: nyatakan, terangkan, namakan, labelkan



b) Domain afektif
Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik yang telah diterapkan kepada murid melalui penglibatan murid dalam persatuan dan pelbagai perbincangan secara berkumpulan.

c) Domain psikomotor
Domain psikomotor pula bertujuan untuk mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, uji kaji makmal dan lawatan teknikal.



Teori Anderson
Pada tahun 1994, Lorin Anderson telah menambah baik teori Taksonomi Bloom agar sesuai dengan kemajuan zaman. Hasilnya pada tahun 2001 Anderson telah membuat perubahan pada domain kognitif iaitu perubahan daripada penggunaan kata kunci daripada kata nama kepada kata kerja. Perubahan tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:


 Sumber:
http://thesecondprinciple.com/teaching-essentials/beyond-bloom-cognitive-taxonomy-revised/


Mengikut pandangan Anderson, tiga aras pertama (terendah) merupakan Lower Order Thinking (LOT). Manakala tiga aras berikutnya (tertinggi) adalah Higher Order Thinking(HOT).

 

Berdasarkan teori di atas dapatlah dijelaskan bahawa:

1. Sebelum kita memahami sesebuah konsep maka kita harus mengingatnya terlebih dahulu.

2. Sebelum kita menerapkan maka kita harus memahaminya terlebih dahulu.

3. Sebelum kita menganalisis maka kita harus mengaplikasikannya terlebih dahulu.

4. Sebelum kita mengaplikasi maka kita harus menganalisisnya terlebih dahulu.

5. Sebelum kita mencipta maka kita haruslah mengingat, memahami, menganalisis, mengaplikasi dan menilainya terlebih dahulu. 



Disediakan oleh:
Puan Salasiah Binti Sabran
SISC+ BM (MENENGAH)
PPD Lipis




No comments:

Post a Comment