Monday 23 January 2017

Think - Pair


Latar Belakang
Strategi pembelajaran Think-Pair-Share (TPS) adalah strategi pembelajaran yang dirancang untuk meningkatkan pola interaksi antara pelajar serta memberikan pelajar lebih masa berfikir (think time) untuk saling berinteraksi dan membantu. Selain itu, terdapat kajian akademik yang menunjukkan bahawa kaedah ini mampu untuk meningkatkan tahap penyertaan pelajar dan juga tahap pemikiran aras tinggi. Strategi pembelajaran TPS ini mula dikembangkan oleh Frank T. Lyman pada tahun 1981 dan telah terdapat pelbagai variasi strategi pembelajaran ini.

Antara yang popular adalah:
a) Think-Pair-Square
b) Think-Pair-Check
c) Think-Pair-Share
d) Think-Pair-Write

Kaedah pelaksanaan

Langkah 1: (Think)
Guru akan mengajukan pertanyaan atau mengemukakan masalah yang berkaitan dengan pembelajaran.

Langkah 2: (Think)
Pelajar akan berfikir secara individu untuk menyelesaikan pertanyaan atau permasalahan yang diajukan.


Langkah 3: (Pair)
Ahli kumpulan seterusnya diberi pasangan (pair), dan pelajar kemudiannya akan berbincang mengenai jawapan atau penyelesaian kepada masalah yang diajukan. (4-5 minit).


Langkah 4: pelajar akar berkongsi pandangan mereka sama ada kepada pasangan yang lain dalam kumpulan yang sama atau kepada kumpulan lain ataupun kepada semua ahli di dalam kelas berkenaan melalui strategi-strategi berikut:

a) Think-Pair-Square   

i) Dilaksanakan dalam kumpulan yang mempunyai sekurang-kurangnya empat anggota.

ii) Setelah selesai aktiviti Think dan Share, kesemua ahli kumpulan akan berbincang dan berkongsi jawapan mereka.


b) Think-Pair-Check:
Pelajar akan saling menyemak jawapan atau tanggapan paasangan masing-masing.


c) Think-Pair-Share:
Wakil dari setiap pasangan akan memberitahu keseluruhan kelas akan dapatan atau penyelesaian masalah mereka berdasarkan tugasan yang telah diberikan.


d) Think-Pair-Write:
Setiap pasangan diminta untuk menulis jawapan atau tanggapan mereka berdasarkan tugasan diberikan.


Faedah

1. Pelajar mempunyai “masa berfikir” atau think time untuk memberi ruang kepada mereka untuk membuat refleksi dan menyediakan jawapan mereka.

2. Pelajar dapat berkongsi jawapan mereka dengan pelajar lain.



Rujukan
http://www.asikbelajar.com/2012/11/model-pembelajaran-think-pair-share-tps.html
http://www.classroom20.com/profiles/blogs/thinkpairshare-lyman-1981-an



 
Catatan: Illustrasi disertakan bukanlah hak milik saya.Saya scan dari nota yang saya dapat didalam satu seminar.

3 comments:

  1. minta izin untuk jadi rujukan kerja kursus pengajian am tingkatan 6 saya :) terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Minta izinn juga utk guna maklumat yang saya dpt melalui blog ini bagi kegunaan saya dalam kerja kursus pengajian am ting 6 bgi sem 2.. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  3. Terima kasih...penerangan yang sangat membantu. mohon izin untuk dijadikan rujukan

    ReplyDelete