Friday, 17 February 2017

PEMBIMBING INSTRUKSI /PEER COACHING (FULL VERSION)



 PENGENALAN

Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi (Peer Coaching / Instructional Coaches) merujuk kepada strategi secara sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi. Peer Coaching (PC) ialah salah satu strategi untuk memperbaiki pelaksanaan kurikulum terhadap strategi, teknik dan kemampuan guru dalam pembelajaran (Hasbrouck, 1997).

Bimbingan rakan sebaya ialah satu proses yang melibatkan dua atau lebih rakan profesional bekerja bersama-sama untuk mencerminkan amalan semasa, berkembang, menghalusi, dan membina kemahiran baharu, berkongsi idea, mengajar antara satu sama lain, menjalankan penyelidikan bilik darjah, atau menyelesaikan masalah di tempat kerja.

Menurut Shulman (1991), Peer Coaching (PC) ialah satu situasi yang membolehkan guru berkongsi pengalaman pengajaran dan pengetahuan pedagogi di dalam bilik darjah tanpa sebarang paksaan.

Kajian mengenai jurulatih di Chicago, Boston dan Sekolah Awam Sacramento di South Carolina mendapati berlakunya peningkatan prestasi pelajar dalam subjek Matematik dan Sains apabila jurulatih bekerja secara langsung dengan guru-guru di sekolah mereka (Neufeld & Roper, 2003)

Kadar pelaksanaan strategi baharu pengajaran meningkat daripada 10% (dengan pembangunan profesional tradisional) kepada 85% (dengan kejurulatihan pengajaran) (Knight, 2004).



OBJEKTIF
a. Memahami tiga proses utama dalam PC ( prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi ).
b. Mengenal pasti peranan coach dalam pelaksanaan PC .
c. Memberikan contoh-contoh soalan reflektif yang boleh digunakan dalam sesi PC.



PELAKSANAAN
Terdapat tiga cara untuk melaksanakan Peer Coaching.


  PROSES COACHING 


MODEL-MODEL COACHING


MODEL 1 : GURU MENGAJAR MODEL PENGAJARAN

Dalam model ini, guru yang mengajar manakala coach dan guru-guru lain akan memerhati. 

Langkah 1: Prakonferensi.
Berikut adalah antara perkara yang boleh dibincangkan semasa sesi ini:
  • Topik: Apakah topik anda?
  • Matlamat: Apakah matlamat anda?
  • Fokus: Apakah yang anda hendak saya lihat?
  • Pengumpulan Data: Bagaimanakah anda mahu saya mengumpul data?
  • Membuat ringkasan: Oleh itu secara ringkasnya, ..............

Langkah 2: Pemerhatian.
Terdapat pelbagai cara mengumpul data semasa memerhatikan pengajaran atau sesi coaching. Antaranya ialah:
  • Mencatat
  • Merekod Senarai semak
  • Carta dan jadual 
  • Gambar dan visual

Langkah 3: Pascakonferensi. 
  1. Coach meminta pengajar membuat penilaian kendiri berdasarkan apa-apa yang telah berlaku di dalam kelas.
    Contoh: Apakah pendapat anda tentang pengajaran tadi?
  2. Nyatakan bidang pemfokusan semula.
    ( Anda meminta saya memberikan fokus kepada teknik penyoalan, penglibatan murid , maklum balas murid...) 
  3. Kongsi data dan beri komen tentang apa yang telah anda lihat dan dengar. 
  4. Beri cadangan – bertanya jika anda boleh memberikan cadangan. 
  5. Tanya apa yang boleh pembentang buat secara berbeza pada masa akan datang. 
  6. Buat ringkasan.



MODEL 2:COACH SEBAGAI GURU YANG MENGAJAR MODEL PENGAJARAN

Dalam model ini, coach yang mengajar manakala guru-guru lain akan memerhati.

Langkah 1: Prakonferensi. 

a. Menjelaskan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)
• Fokus pengajaran saya ialah…..
• Saya hendak murid belajar dan faham…..
• Saya bercadang menggunakan strategi instruksional…..
• Saya jangkakan murid boleh..…
• Jika ..…,maka saya akan mengubah suai pengajaran dengan …..

b. Menstrukturkan Pemerhatian
• Saya hendak anda fokuskan perhatian anda kepada cara saya ......
• Saya hendak anda fokuskan bagaimana pelajar ........
• Saya perlukan maklum balas tentang ........
• Bagaimanakah anda akan merekodkan pemerhatian anda untuk memudahkan perbualan bersifat pembelajaran (learning conversation) pada masa pascakonferensi?


Langkah 2: Semasa pengajaran.
• Coach melaksanakan pengajaran.
• Guru memerhatikan pengajaran di dalam kelas dan merekodkan maklumat yang dibincangkan dalam prakonferensi.


Langkah 3: Pascakonferensi .
• Coach memudah cara perbualan pascakonferensi.
• Apakah yang anda perhatikan?
• Adakah pengajaran berlaku seperti yang kita harapkan?
• Pada bahagian manakah anda dapati saya menyesuaikan arahan?
• Adakah terdapat unsur kejutan?
• Jika anda yang melaksanakan pengajaran ini, apakah yang akan anda ubah?
• Apakah yang anda pelajari apabila melihat saya mengajar?
• Adakah anda ingin bertanya soalan-soalan lain?



MODEL 3: ‘CO LEADING’/ ‘CO TEACHING’

Langkah 1: Konferensi Pra-pengajaran.
Soalan panduan untuk Coach
  • Apakah matlamat anda untuk P & P ini?
  • Bagaimanakah anda bercadang untuk melaksanakan P & P ini?
  • Apakah kandungan spesifik (pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran) yang anda mahu murid belajar?
  • Pada peringkat manakah anda perlukan bantuan saya?
  • Dalam unit manakah terletaknya pengajaran ini dan mengapa? 
  • Apakah bahan yang diperlukan? 
  • Apakah standard/aras yang dipakai dalam P & P ini? 
  • Apakah pengetahuan lampau murid yang diperlukan dalam P & P ini? 
  • Bagaimanakah anda lihat P & P ini akan berkembang dan di manakah anda menjangkakan masalah akan timbul? 
  • Bagaimanakah anda tahu matlamat P & P telah tercapai? (Bagaimanakah murid akan memperlihatkan hasil pembelajaran mereka?

Langkah 2: Mengajar secara bersama (Co-Teaching The Lesson ). 
Semasa proses P & P, peranan coach boleh berubah bergantung pada persetujuan yang dicapai semasa prakonferensi.
Coach boleh: 
  • Menerajui bahagian yang berlainan dalam proses P & P secara kolaboratif dengan guru. 
  • Mengajar sebahagian daripada P & P sementara guru pula membuat pemerhatian. 
  • Berfungsi sebagai pemerhati semasa aktiviti yang telah disetujui bersama untuk dilaksanakan dalam P & P. 
  • Lakukan intervensi secara berkala untuk mengukuhkan pembelajaran. ( Contohnya coach bertanyakan soalan, membentangkan masalah kehidupan sebenar ).
  • Semasa proses co-teaching, adalah penting untuk mengingatkan bahawa coach ialah rakan kongsi, dan bukanlah seorang hakim, pengkritik atau penyelamat .

Langkah3: Pascakonferensi.
Soalan panduan untuk coach:
1. Apakah yang anda perhatikan semasa P&P?
2. Di manakah jangkaan kita yang dibuktikan betul ?
3. Di manakah jangkaan kita yang dibuktikan tidak betul?
4. Apakah perasaan anda terhadap P&P yang telah dilaksanakan?
5. Sejauh manakah kita berjaya melaksanakan P&P dengan berkesan?
6. Apakah masalah yang timbul?
7. Adakah murid mempelajari apa yang sepatutnya dipelajari?
8. Adakah proses P&P sesuai dengan matlamat?
9. Adakah matlamat yang ditetapkan sesuai?
10. Jika kita mengulangi pengajaran ini, apakah penambahbaikan yang perlu dibuat?
11. Bagaimanakah kita tahu murid telah memahami apa yang kita hendak mereka fahami?
12. Apakah yang dapat kita lakukan selepas ini?



CIRI-CIRI POSITIF SEORANG COACH · Bermotivasi tinggi
· Pengurusan berkesan
· Komunikasi
· Keputusan tepat dan cekap
· Memahami tugas
· Melaksanakan tugas dengan ilmu dan kemahiran.


SIFAT-SIFAT YANG DIISUKAI COACHEE
• Ramah
• Menghormati
• Bermanis muka
• Beradab sopan
• Cekap
• Bertanggungjawab
• Amanah
• Cekap
• Sedia membantu
• Bertimbang rasa
• Memudahkan
• Komunikasi baik
• Pandai ambil hati
• Jujur
• Kemas
• Berilmu

BORANG-BORANG SARANA PEER COACHING



Borang Sarana Peer Coaching from Mokhzani Fadir



BAHAN PEMBENTANGAN 
 

LEARNING WALKS (FULL VERSION)

Latar Belakang



Konsep Learning Walks diambil daripada amalan pengurusan eksekutif Hewlett-Packard yang memastikan mereka tahu apa yang berlaku dalam syarikat dengan mengamalkan sesuatu yang dikatakan mereka sebagai “pengurusan secara berjalan”.

Kerangka amalan pengurusan ini kemudiannya digunapakai secara berfokus dalam bidang pendidikan untuk memenuhi keperluan peningkatan profesionalisme keguruan dan kepentingan sekolah. Dengan pengamalan JelajahPembelajaran ini, bukti pengamalan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas boleh dikumpul dan dijadikan contoh amalan yang terbaik

Perkongsian ini boleh dilaksanakan walaupun secara pemerhatian tidak formal yang boleh merentas mata pelajaran. Apa yang penting, pada akhirnya amalan ini akan menjurus kepada peningkatan professionalisme keguruan di semua sekolah tanpa mengira subjek, kategori dan lokasi sekolah serta kategori murid. Kesemua ini juga selari dengan pendapat yang diutarakan dalam petikan daripada laman web; learningleadershipstudy.org/LLS/Learning_Walk.html





Objektif
  1.  Mengumpulkan bahan bukti aksi pembelajaran (learning in action) yang diperhatikan di dalam bilik darjah.
  2. Membuat perbincangan dengan ahli kumpulan berdasarkan bahan bukti pemerhatian.
  3. Belajar daripada amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan boleh dipraktikkan untuk diri sendiri dan guru lain.


Pelaksanaan

Definisi

Definisi Learning Walks atau Jelajah Pembelajaran ialah:

„Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan peraturan dan fokus yang spesifik.‟

Walking through the school observing other teachers and classrooms in action with a specific focusand a protocol.


Carta Alir Perlaksanaan Strategi Learning Walks
  1. Learning Walks dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang berikut: 
  2. Penetapan fokus untuk pemerhatian.
  3. Pengumpulan bahan bukti melalui pemerhatian terhadap kelas-kelas.
  4. Perkongsian dapatan dengan semua guru di sekolah.


                   Carta Alir Perlaksanaan Strategi Learning Walks


Pemilihan Fokus

Penetapan fokus dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut: 
  1. Fokus mestilah boleh diperhatikan di dalam bilik darjah (observable focus). 
  2. Fokus mestilah dinyatakan dengan jelas (clearly articulated). 
  3. Fokus mestilah berkait dengan peningkatan pembelajaran profesionalisme (linked to professional learning). 
  4. Fokus mestilah mempunyai kepentingan yang berkaitrapat dengan keutamaan sekolah (linked to school priorities).


Nota: Kelas-kelas yang dipilih untuk pemerhatian Learning Walks boleh melibatkan pelbagai mata pelajaran. Kriteria pemilihan dibuat atas dasar amalan yang boleh dipelajari atau dicontohi.

        Fokus boleh melibatkan pelbagai perkara yang boleh diperhatikan dan merangkumi aspek-aspek yang berikut:
  1. Teknik Penyoalan (questioning techniques) dan juga Tempoh Masa Berfikir (thinking time). Penggunaan bahan bantu belajar atau sumber yang berkesan dan menyokong pembelajaran & pengajaran (teaching resources). 
  2. Suasana fizikal bilik darjah yang menyokong pembelajaran & pengajaran (classroom physical environment).
  3. Amalan penilaian berkesan (effective assessment practices)
    Penglibatan murid (students involvement) Arahan guru semasa pembelajaran & pengajaran (classroom instructions). 
  4. Penggunaan ICT semasa P&P (ICT in teaching processes)
  5. Pengurusan papan hitam / putih (use of whiteboard)


Modus Operandi

Langkah Pertama
i. Bentuk kumpulan Learning Walks yang terdiri daripada ahli-ahli panitia.
ii. Kumpulan ini perlu diketuai oleh seorang yang dikenali sebagai Lead Walker.
iii. Berkumpul untuk membincangkan SATU fokus yang akan diperhatikan.
iv. Memilih kelas-kelas yang akan dilawati dan menetapkan tarikh dan waktu untuk sesi Learning Walks.

Langkah Kedua
i. Pelaksanaan sesi Learning Walks mempunyai 3 peringkat:
ii. Perbincangan Prapemerhatian (Pre-Walk Discussion)
iii. Lawatan Bilik Darjah (Classroom Visit)
iv. Perbincangan Pascapemerhatian (Post-Walk Discussion) 

Langkah Ketiga
i. Dapatan dan rumusan sesi Learning Walks akan dikongsi bersama dengan semua guru dalam jangka masa seminggu selepas sesi pemerhatian. 

Ringkasan Cadangan Pelaksanaan Satu Sesi Learning Walks

Catatan:  Satu sesi Learning Walks selalunya akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.


Contoh Cadangan Pelaksanaan Learning Walks
 

Contoh cadangan pelaksanaan satu sesi Learning Walks from Mokhzani Fadir



Peranan Ahli Kumpulan

Lead Walker perlu memainkan peranan mengikut tanggungjawab berikut:
  1. Memastikan penglibatan semua ahli semasa sesi perbincangan. 
  2. Memastikan ahli memahami dan mematuhi fokus pemerhatian. 
  3. Memastikan semua perbincangan berlandaskan bukti yang didapati semasa pemerhatian. 
  4. Memastikan dapatan dikongsi bersama dengan semua staf dalam masa seminggu. 
  5. Memastikan ahli-ahli tidak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.

Setiap Walker perlu memainkan peranan mengikut tanggungjawab berikut:
  1. Memahami fokus yang dipersetujui bersama. 
  2. Mematuhi protokol. 
  3. Menepati masa. 
  4. Membuat perbincangan berlandaskan bukti. 
  5. Mengelakkan kritikan serta penilaian peribadi yang bersifat "judgemental‟.


Pengumpulan Bahan Bukti

Pengumpulan bahan bukti berdasarkan fokus dan boleh melibatkan aspek-aspek yang berikut:
  1. Persekitaran fizikal 
  2. Sampel aktiviti murid Perbincangan murid 
  3. Organisasi bilik darjah cth: papan kenyataan 
  4. Arahan guru di dalam bilik darjah dan fokus yang eksplisit (Classroom instructions and explicit focus) 
  5. Penggunaan bahan sumber Bahan pembelajaran (Learning tools) 
  6. Pengalikasian teknologi(Application of technology/ICT)
  7. Amalan penilaian (Assessment practices) 

Toolkits/Borang Sarana Learning Walk


Borang sarana Learning Walk from Mokhzani Fadir


Bahan Pembentangan