Dalam menjalani abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup. Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini.
Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
a) Kreativiti dan Inovasi
b) Pemikiran kritis
c) Komunikasi
d) Kolaborasi
Kemahiran Komunikasi
- Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan media atau lebih mudah lagi disebut celik IT.
- Selaras dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke-21 dalam memperoleh ilmu dengan lebih meluas dalam dunia tanpa sempadan.
- Kemahiran komunikasi adalah amat penting bagi membolehkan pelajar membuat pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan.
Kemahiran Kolaboratif
- Kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah kemahiran kolaborasi dan interpersonal. Melalui kemahiran ini pelajar akan mempunyai semangat juang dan keterampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain.
- Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri dengan cara setiap pelajar belajar mengikut aras kebolehan masing-masing.
- Kemahiran ini juga membolehkan pelajar bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat.
- Pemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam menerima sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbangkan idea itu semula dengan menganalisis semula ia secara kritis dengan mengambil kira pelbagai sudut dan aspek.
- Pelajar abad ke -21 juga perlu mempunyai pemikiran yang kritis dan bersistem.
- Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya berkaitan dengan penyelesaian masalah.
- Kemahiran pemikiran kritis sangat perlu bagi seseorang pelajar. Seseorang pelajar tidak harus menerima sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu. Oleh sebab itu, pemikiran kritis adalah sangat penting supaya pelajar dapat menapis dan menilai kebenaran sesuatu perkara yang diperoleh.
- Kemahiran pemikiran kritis membantu pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah di samping membantu pelajar membuat banding beza, mengkategori, menghuraikan dan membuat rumusan serta ramalan.
- Kemahiran pemikiran kreatif adalah keupayaan seseorang untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah dan mengembangkan sesuatu idea.
- Melalui pembelajaran abad ke-21, guru–guru mampu menghasilkan pelajar yang berani menghasilkan idea-idea kreatif di samping sanggup menerima risiko dan kritikan orang lain. Pemikiran kreatif juga membantu pelajar menghasilkan idea serta mereka cipta untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.
- Kemahiran pemikiran kreatif membantu pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Melalui kemahiran ini pelajar mampu untuk menjana dan menghasilkan idea, membuat hipotesis, mensintesis dan membuat hubung kait.
Disediakan oleh:
Puan Siti Fairus Bt Razally
SISC+ (Matematik Rendah)
PPD Lipis
Boleh tahu Tak contoh bahan 2 dimensi yang berkait dengan 4 ciri tersebut?
ReplyDelete