Tuesday, 31 January 2017

Kooperatif atau kolaboratif?

Assalamualaikum wbt..

Apabila berbicara mengenai PA21, salah satu perkara yang biasa ditanya dan menjadi kekeliruan adalah penggunaan istilah kolaboratif dan kooperatif. Untuk itu, ingin saya berkongsi pemahaman saya mengenai kedua istilah ini.

Secara peribadi, saya melihat  kolaboratif sebagai proses dimana murid akan berkerjasama  pelbagai pihak, contohnya  murid lain, guru atau pihak-pihak tertentu bagi mencapai maksud dan kehendak dalam menyiapkan tugasan tertentu. Contohnya, 5 pelajar dari kelas 5A bergabung dengan sekumpulan pelajar dari Kelas 5B dalam tugasan menyiapkan mereka.

Manakala kooperatif pula, dirujuk sebagai strategi-strategi yang biasa digunakan bagi memupuk aspek kerjasama dan saling membantu dalam kumpulan-kumpulan kecil yang diwujudkan semasa proses P&P. Dari segi aspek perlaksanaan tugasan, peranan yang dimainkan oleh setiap ahli kumpulan adalah lebih terpeinci. Antara contoh strategi pembelajaran kooperatif adalah: Jigsaw, Think-Pair-Share

Dibawah ini saya sertakan satu slide yang pada hemat saya dengan jelas menyatakan perbezaan antara kedua istilah ini. Diharapkan ianya boleh membantu.

Sekian, terima kasih.



Friday, 27 January 2017

CONTOH RPH BERCIRIKAN PA21 (BAHASA MELAYU RENDAH)




CONTOH RPH BAHASA MELAYU TAHUN LIMA
Mata Pelajaran dan kelas
  Bahasa Malaysia                  
  Tahun 6

Tajuk
Seronoknya Keluarga Amar
Penjodoh Bilangan

Tarikh
Masa
09 Januari 2016 ( SABTU )
9.30-10.30 PAGI
Standard  Pembelajaran
5.1.1   Memahami dan menggunakan pelbagai kata nama am dan penjodoh bilangan
             mengikut konteks dengan betul.

Objektif Pembelajaran
Murid dapat   :
1.      Menulis  5 ayat menggunakan penjodoh bilangan dengan betul .
Aktiviti
1.      Bersoal jawab tentang bahan maujud yang disediakan – sebotol minuman, 
sebakul buah,sebiji mug,segugus kunci, sesikat pisang.(Kaitkan dengan objektif pembelajaran hari ini)
2.      Minta murid membaca teks secara kumpulan dan mengenal pasti penjodoh bilangan yang terdapat  dalam gambar.
3.      Murid menganalisis dan mencatat penjodoh bilangan menggunakan peta
bulatan berdasarkan gambar dalam kumpulan.(two stay two stray)
4.      Murid dipanggil mengikut nombor yang sama ke hadapan untuk mengambil kad rahsia.Kembali ke dalam kumpulan dan bina ayat daripada penjodoh bilangan yang diterima .Kumpulan yang cepat siap dan melaporkan kepada guru mendapat markah tertinggi.(Numbered Head together)
5.      Murid membina dan menulis 5 ayat menggunakan penjodoh bilangan yang telah dipelajari dalam buku latihan.
6. Murid merumuskan  penjodoh bilangan yang telah dipelajari melalui nyanyian.
7. Guru menyatakan kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran yang
      dilaksanakan.
EMK
Nilai Murni     : Rasional
Ilmu                : Kemahiran Hidup
KBT                : Konstruktivisme - menerangkan
Bahan Bantu Belajar
Bahan maujud, teks petikan, lembaran peta minda,
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Menulis 5 ayat  mengikut konteks dengan betul.
Refleksi
24 orang murid menulis satu perenggan  menggunakan 5 penjodoh bilangan dengan betul dan 5 orang murid menyusun perkataan  menjadi ayat yang betul. 





Disediakan oleh:
Puan Mek Nah Bt Bakar
SISC+ (Bahasa Melayu Rendah)

Ciri-ciri Pembelajaran Abad ke-21 (4C)


Dalam menjalani abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup. Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini.

Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
a) Kreativiti dan Inovasi
b) Pemikiran kritis
c) Komunikasi
d) Kolaborasi

Kemahiran Komunikasi 
  1. Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan media atau lebih mudah lagi disebut celik IT. 
  2. Selaras dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke-21 dalam memperoleh ilmu dengan lebih meluas dalam dunia tanpa sempadan. 
  3. Kemahiran komunikasi adalah amat penting bagi membolehkan pelajar membuat pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan.

  Kemahiran Kolaboratif
  1. Kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah kemahiran kolaborasi dan interpersonal. Melalui kemahiran ini pelajar akan mempunyai semangat juang dan keterampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. 
  2. Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri dengan cara setiap pelajar belajar mengikut aras kebolehan masing-masing. 
  3. Kemahiran ini juga membolehkan pelajar bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Kemahiran Pemikiran Kritis
  1. Pemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam menerima sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbangkan idea itu semula dengan menganalisis semula ia secara kritis dengan mengambil kira pelbagai sudut dan aspek. 
  2. Pelajar abad ke -21 juga perlu mempunyai pemikiran yang kritis dan bersistem. 
  3. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya berkaitan dengan penyelesaian masalah. 
  4. Kemahiran pemikiran kritis sangat perlu bagi seseorang pelajar. Seseorang pelajar tidak harus menerima sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu. Oleh sebab itu, pemikiran kritis adalah sangat penting supaya pelajar dapat menapis dan menilai kebenaran sesuatu perkara yang diperoleh.
  5.  Kemahiran pemikiran kritis membantu pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah di samping membantu pelajar membuat banding beza, mengkategori, menghuraikan dan membuat rumusan serta ramalan.
Kemahiran Pemikiran Kreatif
  1. Kemahiran pemikiran kreatif adalah keupayaan seseorang untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah dan mengembangkan sesuatu idea. 
  2. Melalui pembelajaran abad ke-21, guru–guru mampu menghasilkan pelajar yang berani menghasilkan idea-idea kreatif di samping sanggup menerima risiko dan kritikan orang lain. Pemikiran kreatif juga membantu pelajar menghasilkan idea serta mereka cipta untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. 
  3. Kemahiran pemikiran kreatif membantu pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Melalui kemahiran ini pelajar mampu untuk menjana dan menghasilkan idea, membuat hipotesis, mensintesis dan membuat hubung kait. 



Disediakan oleh:
Puan Siti Fairus Bt Razally
SISC+ (Matematik Rendah)
PPD Lipis

Thursday, 26 January 2017

Rally Robin


 Latar Belakang 
Strategi pembelajaran kooperatif ini lebih cenderung kepada aktiviti lisan. Kebiasaannya, pelajar akan berinteraksi secara berpasangan. Ia bukan sahaja sesuai bagi aktiviti ‘team building” tetapi juga sesuai dalam mencungkil jawapan atau pandangan pelbagai pelajar terhadap sesuatu isu atau persoalan.


Kaedah

Langkah 1: Pelajar dibahagikan mengikut pasangan (2 orang)

Langkah 2: Guru akan mengemukakan soalan atau permasalahan yang mempunyai jawapan pelbagai kepada pelajar.

Langkah 3: Pelajar diberikan masa untuk berfikir.

Langkah 4: Pelajar secara bergilir-gilir akan berkongsi jawapan mereka mengikut masa yang ditetapkan.


 Sumber:
http://www.cooperativelearner.com/cooperative-resources.html





Faedah

1. Meningkatkan kemahiran membina dan memproses maklumat.

2. Meningkatkan kemahiran sosial.

3. Meningkatkan kemahiran berfikir.

4. Mewujudkan aspek kebergantungan positif antara pelajar.

5. Mewujudkan aspek akauntibiliti individu dan menggalakan penyertaan yang seimbang semua murid.

6. Meningkatkan tahap penglibatan pelajar melalui interaksi serentak. 


                                                          Contoh aktiviti Rally Robin 

                                        Sumber: http://www.tiverton.bham.sch.uk/rally-robin/

Rujukan: